Surat Chenta Seorg Rocker Sejati


Salam,

Amacam awekku? Lu orait ke? Wa harap lu ok-ok je..

Awekku, gua telah membaca surat lu tempohari. Apasal lu buat cenggini kat gua? Selama ni cintan gua terhadap lu bukan main. Lu ingat gua main-main ke? Cintan gua mendalam very deep you know! very deep purple! Lu tak perasan ke?

Apa yang kurangnya gua ni? Cuba lu cakap! Gua ni tak cukup hensem ke? Atau lu sudah ada balak lain? Lu sound gua beb! Mentang-mentang lu keja opis, lu ada skandal dengan mat despatch kat opis lu tu! Mamat poyo tu lu nak? Apa barang?!! Setakat mat despatch, kalau lu nak tau, gua dulupun pernah mintak jadi cikgu tapi tak dapat. Bukan pasal gua takde kelayakan tapi tadika kemas jarang amik cikgu lelaki. Lagipun jiwa gua lebih kepada seni. Tiket konsert gua semua habis jual! Sebab tulah gua jadi tukang jual tiket konsert funfair buat sekian lamanya sampai tauke funfair tu tak offer kat org lain.

Gua memang betul-betul tak puas hati ni! Lu memang bikin gua panas! Sampai hati lu buat macam ni kat gua setelah apa yang gua dah kasik kat lu. Lu ingat gua ni apa?!!

Awekku, lu ingat tak dulu sewaktu lu & gua first time jumpa? Masa tu hujan. Lu takde payung. Lu lari pegi kat bus stop. Lu basah kuyup. Kesian pulak gua tengok lu kesejukan. Gua bukak jeket gua pastu kasik lu pinjam. Baek punya gua usya. Start tulah lu & gua sama-sama sudah feeling-feeling. Gua ingat lagi lagu "antara gadis" masa tu kita layan menjadi lagu tema cinta gua kat lu. Gua selalu nyanyi lagu tu kat talipon public. Lu tak ingat ke? Ke lu dah lupa?!!

Pehal lu buat cenggini?!! Gua dah tangkap cintan maut kat lu wo! Janganlah buat gua macamni! Kalau lu tak suka cara gua lu cakaplah! Janganlah kerana besday lu gua hadiahkan t-shirt metallica, lu buat camni pulak kat gua. Gua tau sapa gua. Gua memang macamni, rocker sejati! Lu pun tau sapa gua. Dulu lu takdepun macam ni. Lu tak kisahpun! Lu layan selamba je. Tapi kenapa sekarang lu berubah? Nampak je gua rocker tapi gua pun beriman jugak, beb! Sembahyang jumaat tak tinggal wo!

Lu pikirlah sindri, beb! Gua dah curahkan segala-galanya kat lu. Gua dah sound mak bapak gua nak meminang lu. Gitar Gibson secondhand gua tu gua dah gadai. Gua buat modal nak kawin dengan lu. Cayalah cakap gua! Gua tak tipu! Betul cakap lu! Gua harap lu pikirlah baik-baik, beb! Gua dah takde awek lain lagi. Lu sorang jelah yang gua cinta. Awek lain gua usya diorg tak layan gua cakap lu! Gua tak tipu! Betul punya cakap lu!

Akhirkata dari gua, kenang gua dalam doa makan malammu. Semoga lu berbahagia, beb!

Yang Benar,
Rockersejati

Lelaki vs Wanita


Bila gambar keluarga terletak di atas meja lelaki,
Ah.. bagusnya laki nih, orang yang bertanggungjawab.

Bila gambar keluarga terletak di atas meja wanita,
Emm.. perempuan nih mesti jenis yang pentingkan keluarga sebelum kerjayanya.

Bila meja lelaki bersepah-sepah,
Dia nih memang rajin bekerja dan merupakan orang yang sibuk.

Bila meja wanita bersepah-sepah,
Pompuan nih memang jenis tak tau kebersihan dan keadaanya memang tunggang-langgang.

Bila lelaki yang sedang bercakap dengan rakan sepejabatnya,
Mesti dia tu tengah berbincang mengenai perjanjian dengan syarikat ABC.

Bila wanita yang sedang bercakap dengan rakan sepejabatnya,
Mesti dia tu tengah mengumpat dan bergossip.

Bila lelaki tidak berada di mejanya,
Mesti dia tu tengah pergi meeting,

Bila wanita tidak berada di mejanya,
Mesti dia berada kat dalam tandas tengah bersolek,

Bila lelaki tidak berada di dalam pejabatnya,
Mesti dia pergi berjumpa dengan customer dan clientnya.

Bila wanita tidak berada di dalam pejabatnya,
Mesti dia pergi keluar bershopping.

Bila lelaki makan tengah hari bersama BOSS,
Nampaknya dia mungkin akan dapat naik pangkat nanti.

Bila wanita makan tengah hari bersama BOSS,
Nampaknya dia mempunyai hubungan sulit dengan BOSS.

Bila BOSS mengkritik lelaki,
Selepas ini dia mesti akan berusaha meningkatkan pencapaiannya.

Bila BOSS mengkritik wanita,
Selepas ini mesti dia merajuk.

Bila BOSS bersikap tidak adil kepada lelaki,
Adakah dia marah?

Bila BOSS bersikap tidak adil kepada wanita,
Adakah dia menangis?

Bila lelaki akan berkahwin,
Dia akan lebih bertanggungjawab dan matang selepas ini.

Bila wanita akan berkahwin,
Dia akan mengandung, beranak dan akhirnya dapat cuti panjang.

Bila lelaki mempunyai anak,
Nampaknya dia memerlukan bonus atau kenaikan pangkat.

Bila wanita mempunyai anak,
Nampaknya dia akan membebankan wang company dengan faedah cuti bersalinnya.

Bila lelaki keluar untuk urusan perniagaan,
Bagus juga dia keluar kerana ia bagus untuk membina kerjayanya.

Bila wainta keluar untuk urusan perniagaan,
Apa yang lelaki dia akan berkata kelak?

Bila lelaki berhenti kerja kerana mendapat pekerjaan baru,
Nampaknya dia mengenali yang mana satu memberikan kelebihan kepadanya.

Bila wanita berhenti kerja kerana mendapatkan pekerjaan baru,
Wanita memang tak boleh diharapkan lansung dan tidak tetap pendirian

Cara-Cara Nak Cover Malooo…


1. Kalo tersepak batu: Jangan terus bangun,
sebaliknyer anda baring dan terus berguling-guling
hingga jauh dari perhatian ramai…lepas tu baru
bgn bila takde orang nampak..

2. Kalo terjatuh beskal: cepat-cepat naik beskal
anda semula dan jatuhla lagi sehingga berkali-kali
supaya orang ingat anda saje-saje buat lawak…

3. Kalo terjatuh tangga: terus bersilat seolah-olah
anda dirasuk atau sedang berlawan dengan
makhluk halus…

4. Kalo terjatuh dalam longkang: pungutlah
sampah yang ada sambil marah-marah dengan
suara yang kuat, pasti orang menyangka anda
seorang yang amat prihatin terhadap kebersihan….

5. Kalo jatuh ketika nak naik bas: jeritlah kuat-
kuat..”oi! apa tolak-tolak ni?” walaupun tiada orang
di blakang anda….

6. Kalo terjatuh di dpn bus stop: terus buat-buat
pengsan sehingga ada orang membantu
anda..kalo takde..baring terus sampai malam dan
takde orang lagi kat bus stop tu…haa…ni lah
masa sesuai untuk bangun semula….

7. Kalo jatuh tergelincir kat lantai licin: tarik la
kawan (atau sesiapa yang ada kat sebelah anda)
untuk jatuh bersama-sama supaya tak lah anda
sorang je yang dapat malu…ye tak?….

THE NIGHT OF REVENGE


“Woit !!!, Aku tak puas ati ngan ko!. Aku nak repeat balik malam nih..Ari tu ak kalah sebab ko ambush team aku…Dasar tengkorak ayam!!. Aku tggu ko kat tempat tempoh ari..Kalo ko tak datang bermakna aku menang!!” Begitula antara surat cabar gado dari seteru ketat aku tu. Dia ingat aku takot sngat ngan die..Bleh bla la wei!!

Selepas kedatangan surat yang tidak diundang tu, aku pon mula la mengumpulkan geng2 aku untuk membincangkan dan merancang strategi tentang perkara ni bagi mengalahkan mangkuk hayun tu… “Orait geng, gua nak korang sume kasi cadangan untuk mengalahkan mangkuk tu..any idea??” kataku selaku ketua.

“Kita cri bomoh boss, santau dia orang cukup2.” Cadangan dri ahli kumpulan aku yang sdikit bangang. “Kita guna senjata nuclear, bior dia org sume hancur lebur boss,” Cadangan kedua. Cadangan paling bangang penah ak dengar. Lastly, Bos, kita lawan face 2 face, bos lawan bos diaorg, kita org balon konco-konconya…kate dri assistant kanan aku… cadangan yang aku rase paling bernas stakat nih..

Malam yang suram, tibe-tibe mnjadi huru-haru, bile bermulanya pergaduhan di antara geng aku dan juga geng si mangkuk tu..Semuanya, saling memukul, melempang dan menstunner musuh masing2 termasuk la aku…

Akhirnya, selepas beberape jam pergaduhan berlaku..geng2 aku sume berjaya mengalahkan musuh masing-masing. Ini bermakna kami telah menang di dalam pergaduhan yang hangat tersebut. Semua geng2 aku bersorak-sorak dan menjerit-jerit macam org gile, serta melompat-lompat macam kangaroo…Tibe-tibe, semua geng2 aku yang melompat-lompat tu jatuh ke bawah kesakitan… “Woitt badigol!!!, kan kite semua ni, berada kat atas siling, yang korang terlompat-lompat tu kenape?!! Kan dah jatuh!! Tak sedar diri punye CICAK!! Kataku, selaku ketua cicak yang paling gagah dan macho…=)



Bidong Oh Bidong!


PengalamanKu di Bidong
  • Dapat melakukan aktiviti2 yang belum pernah ak buat sebelum nie seperti berkayak, skuba dan memancing
  • Mengeratkan hubungan aku dengan member2 aku yg len, fesi2 dan pensyarah yang ade
  • Memupuk semangat kerjasama antara ahli kumpulan utk membentuk satu teamwork yang berkesan
  • Dapat menilai kemampuan diri sendiri dalam melakukan dan menyelesaikan cabaran yang ada
  • Belajar sikap berdikari dan tidak terlalu bergantung kepada org lain
  • Mengetahui kisah2 dan sejarah yang pernah berlaku di Pulau Bidong